? ??????????????My Heartbeat? ????? ?? ???Rating: 4.9 (14 Ratings)??13 Grabs Today. 8239 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 3.7 (3 Ratings)??12 Grabs Today. 3236 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Punk Hea BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 13, 2009

pesan abang..SUDIRMAN

mendua -hampir ke situ-

Alhamdulillah...siap juga tugasan yg diberikan oleh en.Aziz ni..em...best jgak bl tgk hasil karya sendiri.tapi,ada lagi yang perlu diperbaiki.akan datang bl dah jadi kaunselor nanti saya kena up lgla.kn lebih kreatif dan rasa macam nak bt lirik sendiri je.sedap lagu dari kumpulan mendua ni dan sesuai untuk pelajar.sebabnya ia memberi motivasi dan semangat kepada jiwa pelajar dalam menimba ilmu.bukan mudah untuk mengecapi sebuah kejayaan...tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk pelajar kecapi.yang paling penting perlu ada kesungguhan setiap apa yang dilakukan dan tidak mudah putus asa dengan rintangan yang dihadapi... sama-sama kita dengarkan lagu ini dan hayati liriknya

Saturday, December 12, 2009

kenangan abadi

Wednesday, December 9, 2009

salam ukhwah




Di bumi ini kita ditemukan,
Satu arah satu perjuangan,
Satu aqidah satu pegangan,
Asasnya terjalin ikatan,
Ukhuwwah fillah tidakkan musnah,
Walaupun ombak, walau badai mendesak,
Tautan erat tak mungkin patah,
Dengan ismullah kita berbai’ah,
Bertemu berpisah hanya keranaMu Ilahi,
Redha Ilahi matlamat insani,
Moga-moga kita akan dirahmati,
Dengan niat suci,
Bertemu kembali di negeri abadi,
Demikian manisnya mahabbah murni,
Limpahan kasih anugerah Ilahi,
Terpancar cahaya penuhi hati,
An-nur suci dari Mu Rabbi,
Lambaian kasih di bumi ini,
Suburi dengan perjuangan hakiki,
Bajai ia jangan dicemari,
Suburkan ia ganjaran ukhrawi

Tuesday, December 8, 2009

renungkanlah...


click to create your own

Sunday, December 6, 2009

THANK YOU..TERIMA KASIH..SYUKRAN..



Perkara yang ingin saya bicarakan disini bukan hanya untuk menjadi renungan buat shbt2 yang mengunjungi blog kerdil ini, tapi juga sebagai renungan untuk sy sendiri…. sebagai manusia biasa yang kadangkala terlupa dan terleka.

Jika dilihat fenomena sekarang ini, ada juga dikalangan orang yang sukar mengucapkan terima kasih. Apatah lagi untuk memohon maaf. mungkin perkara ini dianggap remeh, namun amat susah untuk mengucapkan hanya dua perkataan tersebut… susahkah untuk menyebut “terima Kasih”.. sy pernah mendengar kisah dari seorang kawan yang ada seorg emak telah membuat sumEthing untuk kawannya itu tanpa mengenakan sedikitpun byran ats bantuan itu.. apakah perasaan yang anda rasa apabila shbt itu mengambil barang tanpa mengucapkan sepatah kata, apatah lagi ucapan terima kasih atas bantuan maknya itu.. cerita yang saya seritakan ini bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi sebagai pedoman semua n khasnya untuk diri saya sendiri.
Sedangkan, ada hadis yang menekankan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita walaupun Islam menuntut setiap orang Islam melakukan amal kebaikan dengan ikhlas.


Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmizi ada menyatakan:

"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak berterima kasih kepada Allah."

Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Maksudnya hadis ini terpakai dan kita perlu mengamalkannya.
Kenapa pentingnya ucapan ini? Fitrah manusia suka kepada penghargaan dari orang lain.. bagaimana perasaan anda apabila ada insan yang mengucapkan terima kasih? Tentunya anda terasa gembira dengan ucapan itu…
Justeru itu, ayuh sahabat2…kita baiki diri kita. Belajar untuk berterima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita semua….

Duhai hati..dengarkanlah....




kegagalan hari ini tidak bermakna gagal untuk selamanya...
kesedihan hari ini bukan untuk selamanya...

wahai diri...
tabahlah...redhalah..kuatlah...hanya sedikit ujian yang Allah berikan kepadamu...sebagai tanda kasihnya Allah padamu..
Allah rindu untuk mendengar keluhanmu...
rintihanmu...
rayuanmu kepadanya...
sedarlah wahai diri yang bertuah...
orang yang beriman tidak akan dipanggil seorang mukmin selagi mana ia tidak diuji....
oleh Allah..

sedarilah...
kemanisan dalam menempuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh keredhaan dan kesabaran...akan membuahkan nikmat dan hikmat yang tidak teduga...

wahai diri yang amat disayangi...
yakinlah akan ketentuan Allah...
Allah tahu apa yang terbaik untukmu...
sekiranya kamu redha...
sudah pasti kamu akan temui hikmah yang teramat besar disebaliknya...

wahai diri...
janganlah kau mengeluh, berdukacita dengan apa-apa yang berlaku...kerana...rahmat Allah terlalu luas untuk hamba-hambanya...
cuba kau renungkan...
betapa banyak kenikmatan yang diberikan kepadamu berbanding kekecewaan yang diberi sedikit cuma...

oleh itu, wahai jiwa yang bertuah...
jangan berputus asa...
jangan berputus asa...
jangan berputus asa...dari rahmat Allah
kerana..kebahagian dan ketenangan itu..akan kau temui jika kau redha atas segalanya...