? ??????????????My Heartbeat? ????? ?? ???Rating: 4.9 (14 Ratings)??13 Grabs Today. 8239 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 3.7 (3 Ratings)??12 Grabs Today. 3236 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Punk Hea BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 19, 2009

GURU OH GURU

Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Wednesday, November 18, 2009

pesan abang..SUDIRMAN

18 nov 2009

em..ada gaya bakal kaunselor yang hebat tak??


InsayaAllah..siapa tahu kan.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa yang tahu

salam ukhwah

18 nov 09

Di bumi ini kita ditemukan,
Satu arah satu perjuangan,
Satu aqidah satu pegangan,
Asasnya terjalin ikatan,
Ukhuwwah fillah tidakkan musnah,
Walaupun ombak, walau badai mendesak,
Tautan erat tak mungkin patah,
Dengan ismullah kita berbai’ah,
Bertemu berpisah hanya keranaMu Ilahi,
Redha Ilahi matlamat insani,
Moga-moga kita akan dirahmati,
Dengan niat suci,
Bertemu kembali di negeri abadi,
Demikian manisnya mahabbah murni,
Limpahan kasih anugerah Ilahi,
Terpancar cahaya penuhi hati,
An-nur suci dari Mu Rabbi,
Lambaian kasih di bumi ini,
Suburi dengan perjuangan hakiki,
Bajai ia jangan dicemari,
Suburkan ia ganjaran ukhrawi.,

hati dan perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salahsebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemuiinsan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmatpemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbukatapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalulama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalambuaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalanpulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yangpernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telahkita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kitatidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yangmereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagaibalasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapisekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cumamengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untukmenyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi iamengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yangmembuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyumanuntuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati andatersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila andateramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpianda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang andainginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untukmelakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan dirianda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihanyang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yangcukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalamkasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah iamungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidaksemestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuatyang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidupmereka.Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya merekayang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupmereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhirdengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yangtelah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurnasehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling andatersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akanmenangis.